Powered By Blogger

Wednesday 22 February 2012

HADIS PERSAHABATAN

Sabda Baginda SAW: “Setiap hamba yang muslim mendoakan saudaranya seislam tanpa pengetahuannya pasti akan didoakan malaikat dengan berkata” Engkau juga akan mendapat seumpamanya”(Hr Muslim). Berapa kalikah kita berdoa untuk sahabat kita? Sesiapa yang mendoakan kesejahteraan orang lain,malaikat juga akan turut berdoa untuk kesejahteraannya. Sahabat kerana Allah bagi pendapatku adalah sahabat yang mencintai dan menjalin hubungan dengan rakannya ikhlas semata-mata kerana Allah. Sahabat yang dapat membimbing dan bersama-sama mardhatillah. Apabila dia melihat sahabatnya terlari sedikit dari landasan, maka dialah yang akan membetulkannya semula.Apabila melihat sahabatnya membuat kemungkaran, maka dia akan menasihatinya. Kadang-kadang diriku sendiri tak cukup kekuatan untuk menasihati sendiri lalu ku akan menggunakan jalan kedua. Jika tak boleh jalan kedua, aku gunakan jalan ketiga pula. Berusaha selagi terdaya. Apabila dia melihat sahabatnya dirundung kesedihan dan kemurungan disebabkan masalah, maka dia akan berada di sisinya memberi sokongan dan bantuan. Apabila dia melihat sahabatnya berkasih sesama manusia kerana Allah, maka dia akan tersenyum senang melihatnya. Juga kadang-kadang kita selalu bersangka buruk dan iri hati dengan sahabat kita sendiri. Perasaan seperti ini tidak sepatutnya ada dalam sesebuah perhubungan. Bila kita berfikiran positif, hubungan juga akan jadi positif justeru hidup kita juga akan jadi positif. Jadi, marilah kita saling berkasih sayang!! Spread the love.. Sharing is loving.. buang yang keruh, ambil yang jernih.

No comments:

Post a Comment